Kenangan di SMK Santubong

Assalammualaikum w.b.t Hai, lama tak menulis dalam blog. Memandangkan saya terlupa password blog lama jadi saya terpaksa mencipta blog yang baharu sebagai ruang untuk saya menulis dan menukilkan kenangan sebagai seorang pendidik dalam kehidupan seorang guru biasawan. Tahun 2019, ketika pertama kali ditugaskan mengajar di SMK Santubong, saya adalah seorang guru baharu yang bermula dari kosong. Ketika pertama kali melapor diri, PK Pentadbiran SMK Santubong, Cikgu Norlila Jamil sangat banyak membantu saya. Beliau mengambil saya dan adik di terminal bas Kuching dan membawa saya ke sekolah dan juga membantu saya mencari rumah sewa yang berdekatan dengan kawasan sekolah. Perasaan ketika itu adalah sangat bersyukur kerana ada orang yang sudi membantu saya menguruskan semua perkara yang ketika itu masih asing dengan kawasan Kuching. Ketika mula mengajar, saya mengenal banyak guru yang baik, antaranya Cikgu Salmah. Nama Cikgu Salmah akan sentiasa kekal dalam ingatan saya kerana...